Googlebook OS Dilancarkan – Berasaskan Android dan Sokongan Selama 10 Tahun

TechnologyDigital
22 Sep 2026 • 8:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama dengan pelancaran secara rasmi lima model Goooglebook semalam, Google turut melancarkan sistem operasi Googlebook OS. Sistem operasi ini sebelum ini dilaporkan menggunakan nama Aluminium OS dengan ia dibina berasaskan Android 17 serta mengambil beberapa elemen ChromeOS.

Image from: Googlebook OS Dilancarkan – Berasaskan Android dan Sokongan Selama 10 Tahun

Kerana ia berasaskan Android, Google akan memberikan sokongan kemas kini selama 10 tahun serta ciri baharu seperti Pixel Drop. Antaramuka meminjam sepenuhnya ikon dan tetapan Android. Sebagai contoh notifikasi boleh ditarik daripada bucu atas kiri dan mengakses tetapan pantas Googlebook pula dengan menarik daripada bahagian atas kanan.

Menurut Google ini dilakukan bagi menyeragamkan antaramuka pada komputer riba dan telefon. Langkah yang mirip dilakukan oleh Apple menerusi sistem operasi iOS 26 dan macOS 26 tahun lalu. Integrasi Gemini Intelligence turut diberikan bagi menyeru pembantu maya dan melakukan carian kandungan dalam konputer dengan lebih pantas.

Ciri menarik pada Googlebook OS ialah Magic Pointer. Apabila anak panah “pointer” digoyangkan, ia akan melancarkan ciri seakan Circle to Search. Pengguna Googlebook boleh melakukan carian untuk gambar terpampang pada skrin atau menjana imej kesemuanya menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI) Gemini.

Image from: Googlebook OS Dilancarkan – Berasaskan Android dan Sokongan Selama 10 Tahun

Pengguna juga boleh menyuruh Gemini mencipta widget khusus untuk keperluan tertentu. Aplikasi Android pada telefon boleh dibuka terus pada Googlebook tanpa ia perlu dipasang terlebih dahulu menggunakan ciri Google Cast.

Selain itu pengguna boleh menaip menggunakan suara sahaja menerusi Rambler yang sebelum ini diberikan kepada peranti Pixel. Rambler akan menaip secara masa nyata dan kemudian menyunting sebarang kesilapan ketika bercakap serta membuang frasa kosong seperti “umm” dan “ahh”.

Image from: Googlebook OS Dilancarkan – Berasaskan Android dan Sokongan Selama 10 Tahun
Continue On

Pemilik telefon pintar Android boleh menyambung kerja terus pada Googlebook menerusi ciri Continue On yabg mirip ciri Handoff pada peranti Apple. Antara kerja yang boleh disambung rentas peranti kelak ialah menonton video, membaca artikel di laman web, menulis mesej dan menyunting dokumen. Ini adalah berguna bagi mereka yang memulakan kerja di telefon tetapi ingin meneruskannya pula pada sebuah tablet atau Googlebook.

Apabila mengesan peranti berhampiran dengan aplikasi dibuka, sebuah Googlebook atau tablet akan memaparkan ikon saranan aplikasi dibuka. Proses memindahkan kerja yang sedang dilakukan akan berlaku dengan pantas sejurus selepas ikon ditekan.

Image from: Googlebook OS Dilancarkan – Berasaskan Android dan Sokongan Selama 10 Tahun

Semua aplikasi Chrome OS dan Android serasi dijalankan pada Googlebook OS maka pengguna tidak perlu risau tiada sokongan daripada pembangun. Aplikasi dimuat turun menerusi Play Store. Antara aplikasi yang disokong secara natif Adobe Photoshop, Adobe Lightroom, CapCut, Netflix, HBO Max dan pelbagai permua Android.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved