Googlebook OS Telah Berjaya Dipasang Pada MacBook Dengan Cip Apple Silicon

TechnologyDigital
12 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Googlebook OS Telah Berjaya Dipasang Pada MacBook Dengan Cip Apple Silicon

Komputer riba Googlebook dengan sistem operasi Googlebook OS baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini, dan ia merupakan sebuah sistem operasi yang agak menarik dimana ia boleh digerakkan pada komputer dengan cip pemprosesan Arm dan juga X86.

Sebuah lagi komputer riba yang menggunakan cip pemprosesan Arm ialah Apple MacBook. Dan seorang individu telah berjaya menggerakkan sistem operasi Googlebook OS pada sebuah komputer riba MacBook dengan cip Apple Silicon, menggunakan fail pemulihan sistem operasi (recovery file) yang telah diperolehi melalui sebuah komputer riba Googlebook keluaran Dell (Dell XPS Googlebook).

Dia kemudiannya menggunakan Virtual Machine untuk memasang sistem operasi tersebut tanpa mengacau pemasangan sistem operasi MacOS sedia ada, dan ia berjaya digerakkan dengan hanya beberapa isu kecil.

Jika anda mahu mencuba sendiri sistem Googlebook OS pada komputer riba MacBook anda, individu tersebut juga telah membangunkan skrip untuk memasang sistem operasi tersebut yang boleh dimuat-turun melalui laman GitHub beliau. MacBook yang dicuba dikuasakan cip pemprosesan Apple M5, tetapi jangkaannya ialah MacBook dengan cip Apple M4 juga boleh menggerakkan sistem operasi ini.

Dalam pada itu, satu lagi laman GitHub untuk menguji sistem operasi ini dengan cip X86-64 juga telah dibangunkan, tetapi untuk ini, anda dikatakan akan memerlukan cip pemprosesan Intel generasi ke-12 dan keatas ataupun cip AMD ZEN 5 (Ryzen 9000) untuk menggerakkan sistem operasi ini. Ia dilihat selari dengan keperluan penggunaan cip Intel Panther Lake.

Sumber: Reddit

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved