
Microsoft baru-baru ini telah mengeluarkan pengumuman berkenaan sistem operasi Microsoft Windows 11 dan Windows 10 mereka, mengatakan bahawa pengguna akan perlu mengemaskini sistem operasi tersebut kepada versi terbaru untuk terus mengemaskini komputer mereka pada tahun 2027 kelak.
Pengumuman ini dibuat kerana pada tahun hadapan, Microsoft akan menggantikan sijil keselamatan pada sistem operasi mereka pada pertengahan tahun hadapan yang akan tamat tempohnya pada 17 Mei dan 19 Jun 2027. Microsoft akan menggantikan sijil-sijil keselamatan ini secara automatik, tetapi ia akan memerlukan pengguna untuk mengemaskini sistem operasi Windows mereka kepada versi yang khusus.

Untuk mereka yang sudahpun mengemaskini sistem operasi Windows 11 mereka ke versi 25H2, tiada sebarang kemaskini tambahan yang perlu dilakukan, kerana ini adalah versi sistem operasi Windows 11 yang terbaru. Untuk mereka yang masih menggunakan Windows 11 versi 24H2 ataupun Windows 10, mereka akan perlu memuat-turun kemas kini keselamatan September 2025 dan Julai 2026 sebelum 19 Jun 2027 untuk terus menerima kemas kini baru oleh Microsoft.
Sijil keselamatan ini adalah penting kerana ia mengesahkan bahawa komputer anda sedang bersambung kepada mesin pelayan Microsoft yang rasmi, dan memastikan pengguna tiada risiko memuat-turun fail-fail yang salah.
Seperti yang dikatakan, jika anda menggunakan versi Windows 11 26H2 yang terbaru ataupun sekurang-kurangnya 25H2, anda tidak perlu melakukan apa-apa, kerana sijil keselamatan tersebut akan diperbaharui secara automatik.
Sumber: MIcrosoft






