MSI Prestige N16 Flip AI+ Ialah Komputer Riba Boleh Lipat Dikuasakan NVIDIA RTX Spark

TechnologyDigital
8 Oct 2026 • 5:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejumlah jenama komputer riba telah mula memperlihatkan penawaran komputer riba yang dikuasakan platform cip NVIDIA RTX Spark mereka tersendiri. Kini tiba giliran MSI pula dengan MSI Prestige N16 Flip AI+, iaitu komputer riba RTX Spark pertama dengan rekaan boleh-lipat.

Image from: MSI Prestige N16 Flip AI+ Ialah Komputer Riba Boleh Lipat Dikuasakan NVIDIA RTX Spark

Komputer riba ini hadir dengan paparan skrin Tandem OLED dengan fungsi sesentuh bersaiz 16 inci pada resolusi UHD+ (3840 × 2400) dengan kadar segar semula yang boleh diubah dari 30Hz ke 120Hz dan nilai kecerahan 1000 nits, dan mampu megolah 100 peratus gamut warna DCI-P3.

Image from: MSI Prestige N16 Flip AI+ Ialah Komputer Riba Boleh Lipat Dikuasakan NVIDIA RTX Spark

Selain dari itu, engsel paparan ini juga boleh dipusing 360 darjah untuk melipatkan komputer riba ini menjadi sebuah tablet,paparan berdiri, dan sesuai digunakan untuk pembentangan secara persendirian.

Komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan NVIDIA RTX Spark N1X dengan kemampuan pemprosesan 1 Petaflop dan tampil dengan 128GB memori LPDDR5X terbina. Cip pemprosesan ini menggabungkan CPU Grace dan pemproses grafik Blackwell, dua komponen yang seringkali dilihat dalam pembangunan supercomputer AI yang kini boleh dimuatkan dalam sebuah komputer riba untuk pembangunan perkhidmatan AI tersendiri yang boleh dibawa kemana-mana.

Image from: MSI Prestige N16 Flip AI+ Ialah Komputer Riba Boleh Lipat Dikuasakan NVIDIA RTX Spark

Dari segi palam, MSI Prestige N16 Flip AI+ hadir dengan dua palam USB 4.0 Type-C, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1, satu palam audio 3.5mm dan satu pembaca kad SD. Ia juga tampil dengan sokongan sambungan nirwayar WIFI7 dan Bluetooth 5.4. Ia juga dilengkapi dengan aksesori pena stylus MSI Nano Pen yang membolehkan anda mengambil nota ataupun melukis dengan mudah apabila komputer riba ini digunakan dalam mod tablet.

Image from: MSI Prestige N16 Flip AI+ Ialah Komputer Riba Boleh Lipat Dikuasakan NVIDIA RTX Spark

MSI mengatakan bahawa komputer riba ini sudah mula ditawarkan di pasaran-pasaran terpilih bermula sekarang, tetapi tidak mendedahkan tanda harganya. Mereka mengatakan sesiapa yang berminat untuk membeli ini boleh menghubungi MSI di pasaran masing-masing untuk mengetahui sama ada ia ditawarkan di pasaran mereka.

Sumber: MSI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved