Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi daya tarikan

LocalTravel
5 May 2025 • 3:42 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi daya tarikan

image is not available

05/05/2025 - 15:42

Pengiktirafan yang diterima menjadi suntikan kepada warga kerja GGP. Oleh Zaki Salleh

IPOH 5 Mei - Lokasi percutian perkhemahan popular, Gopeng Glamping Park (GGP) menambah lagi pengiktirafan apabila menerima Pensijilan SIRIM ISO 9001:2015 – Quality Management Systems bagi skop ‘Provision of Glamour Camping Resort’.

Pensijilan ini mencerminkan komitmen GGP dalam memperkukuh pelaksanaan operasi syarikat yang lebih efisien, berdaya saing dan konsisten.

GGP dalam kenyataan memaklumkan, ia seiring dengan standard kualiti pengurusan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SIRIM atas dedikasi dan bimbingan sepanjang proses audit serta penilaian yang ketat bagi mencapai tahap piawaian ini.

image is not available

image is not available

“Turut kami hargai ialah sokongan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Program Usahawan Resort (PURE) atas inisiatif dan bantuan geran pensijilan yang telah membuka ruang besar dalam memperkasakan mutu perkhidmatan kami,” ujar kenyataan itu.

Pencapaian ini merupakan langkah penting dalam perjalanan kami untuk memberikan pengalaman glamping terbaik buat semua pengunjung.

Pada Januari lalu, GGP menerima pengiktirafan SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat daripada SIRIM QAS International.

Ini menjadikan syarikat tersebut sebagai pengendali pelancongan pengembaraan yang pertama di negara ini menerima pensijilan itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Tahun sebelumnya pula, GGP diberikan pensijilan MS 2610:2015 Muslim Friendly Hospitality Services For Accommodation (Glamour Camping Tents) Food and Beverages, Recreational and Adventure Activities.

Lokasi popular yang terletak di Gopeng ini merupakan camping site yang ketiga di dunia dalam kategori Glamour Camping Tents mendapat pensijilan tersebut

Ini sekali gus meletakkan pusat perkhemahan ini sebagai camping site yang mempunyai kelasnya tersendiri dan sudah pasti akan memberikan nilai tambah kepada syarikat ini untuk terus berkembang.

Dalam perkembangan lain, GGP Holdings Sdn. Bhd. iaitu syarikat induk kepada GGP terpilih untuk menyertai pertandingan syarikat harmoni anjuran Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).

image is not available
Sebahagian daripada petugas GGP yang merupakan tulang belakang syarikat.

Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada komitmen syarikat tersebut dalam memupuk hubungan perindustrian yang harmoni, adil dan progresif antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja. - DagangNews.com

standard