GoPro Menamatkan Penawaran Aplikasi Penyuntingan Quik Untuk Desktop

TechnologyDigital
12 Nov 2024 • 9:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GoPro kini mengumumkan ingin memfokuskan kepada penyuntingan dan penyelesaian mudah-alih, sekaligus akan menamatkan penawaran aplikasi penyuntingan video, Quik untuk desktop. Selari langkah ini, Quik Desktop untuk Mac akan dibuang daripada kedai aplikasi pada 31 Disember 2024, sementara versi Windows tidak akan dilancarkan kepada umum.

image is not available

Bagi pengguna desktop yang inginkan penyelesaian berkaitan, dinasihatkan menggunakan pemalam khusus yang disediakan GoPro untuk Adobe Premiere dan Adobe After Effects.

Buat masa ini, penawaran untuk aplikasi mudah-alih dijangka diteruskan seperti biasa buat masa ini.