‘Goreng’ maksud peribahasa? Netizen harap finalis Hero Dewi Remaja 2023 dihantar ke PLKN

3 Nov 2023 • 8:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Hero Dewi Remaja

Pencarian bakat-bakat baru dalam program Hero Dewi Remaja 2023 nampaknya sudahpun membuka tirai apabila memperkenalkan 16 peserta terdiri dari lapan lelaki dan lapan wanita bagi merebut gelaran juara.

Namun begitu, belum pun tayangan program berkenaan dimulai di kaca televisyen, sudah ada cerita kurang sedap didengar menerusi temubual bersama barisan finalis sehingga menerima kecaman netizen.

Maksud macam tak kena je

Menerusi video yang dikongsikan semula akaun X dikenali sebagai ciraplaici, ramai yang meninggalkan komen negatif apabila rata-rata finalis begitu bersungguh ‘menggoreng’ jawapan apabila ditanya perihal peribahasa serta maksud yang dekat dengan kehidupan masing-masing.

“Meremang dengar Hero Dewi Remaja ‘menggoreng'”

Bukan hanya finalis wanita, finalis lelaki Hero Dewi Remaja 2023 juga tidak kalah hebat ‘menggoreng’ jawapan sehingga ada netizen mengatakan yang maksud sebenar peribahasa diungkapkan mereka tidap tepat.

Hantar Hero Dewi Remaja masuk PLKN semua

Susulan daripada itu, kebanyakan warganet yang mendengar jawapan-jawapan tersebut berharap agar barisan finalis Hero Dewi Remaja 2023 dihantar ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) agar mendapat lebih ilmu di sana.

image is not available

Sakit kepala dengar

image is not available

Macam banyak lari je maksudnya tu

image is not available

Kesian cikgu BM diorang

image is not available

Menangis Hang Tuah kalau dengar

image is not available

Boleh jadi kita pun macam tu kalau kena interview spontan

Walau bagaimanapun, ada di antara mereka memberi tanggapan bahawa mungkin sebahagian besar daripada finalis berkenaan sedikit gugup memandangkan diberi pertanyaan secara spontan tanpa sempat membuat persediaan.

Boleh jadi juga mereka sebenarnya tahu namun sukar untuk mengungkapkannya secara tepat kerana berkejaran dengan waktu ketika di majlis terbabit.

image is not available

Setiap orang ada perjalanan masing2 untuk jadi lebih baik

image is not available