GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

3 Sep 2026 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

image.png

Sebanyak 10,000 tiket MADANI berharga RM200 bagi perlumbaan F1 GP Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) habis terjual.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari memaklumkan pihaknya sedang mempertimbangkan penambahan kuota bagi memenuhi permintaan tinggi peminat tempatan.

"Setakat ini belum ada penambahan dan tiket itu sudah terjual habis semuanya. Untuk tiket MADANI sahaja, sebanyak 10,000 tiket diperuntukkan," katanya pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Pendaftaran Sukarelawan Rakan Muda sempena penganjuran F1 GP Bahrain di Malaysia.

Permintaan Tinggi Tiket F1 MADANI RM200

image.png

Penganjuran semula perlumbaan berprestij ini menyaksikan sambutan luar biasa daripada peminat sukan permotoran tempatan. Setakat ini, sebanyak 85,000 tiket secara keseluruhan telah terjual dan ditempah untuk acara yang bakal berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober depan.

Peluang Sukarelawan Rakan Muda F1 dan MotoGP

Bagi meriahkan lagi temasya antarabangsa ini, KBS turut membuka pendaftaran bagi 1,000 sukarelawan Rakan Muda. Seramai 500 sukarelawan akan ditempatkan pada perlumbaan F1, manakala 500 lagi bakal bertugas semasa kejuaraan MotoGP hujung Oktober ini.

Pendaftaran dibuka secara dalam talian menerusi platform MyProfil di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Tugas sukarelawan merangkumi empat skop utama iaitu perkhidmatan pelanggan, pengurusan tiket, perhubungan awam, serta penyeliaan kawasan khas MADANI di litar. Kepulangan F1 ke Malaysia selepas sembilan tahun ini dijangka memberi pengalaman menguruskan acara berskala besar yang cukup berharga buat belia tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved