Tiket F1 MADANI Habis, Scalper Pula Bermaharajalela?

21 Aug 2026 • 3:06 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Keterujaan peminat terhadap kepulangan Formula 1 ke Litar Antarabangsa Sepang nampaknya membuka satu lagi isu yang semakin menjadi perhatian iaitu kegiatan ‘Ulat Tiket’.

Image from: Tiket F1 MADANI Habis, Scalper Pula Bermaharajalela?

Tiket MADANI yang ditawarkan serendah RM200 khusus kepada pemegang MyKad mendapat sambutan luar biasa sehingga dilaporkan habis terjual.

Inisiatif itu sememangnya memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyaksikan sendiri aksi Formula 1 secara langsung di Sepang.

Namun, apabila tiket yang dibeli pada harga istimewa itu muncul untuk dijual semula pada harga jauh lebih tinggi, timbul persoalan sama ada terdapat pihak yang mengambil kesempatan terhadap permintaan luar biasa ini.

Fenomena sebegini dikenali sebagai scalping, iaitu tindakan membeli tiket yang terhad atau mendapat permintaan tinggi untuk dijual semula dengan keuntungan besar.

Bagi peminat yang gagal mendapatkan tiket RM200, situasi ini pastinya mengecewakan. Persoalannya kini, adakah tiket MADANI benar-benar sampai kepada peminat, atau ada pihak yang menjadikannya lubuk keuntungan?

Daripada sudut pandang Four Wheels, terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual semula tiket tersebut pada harga antara RM600 hingga RM800, iaitu sehingga empat kali ganda daripada harga asal.

Tindakan ini sememangnya amat mengecewakan, khususnya buat peminat Formula 1 yang benar-benar mahu menyaksikan sendiri kemeriahan perlumbaan di Sepang.

Namun, Malaysia dilihat tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk membendung isu ini, memandangkan urusan penjualan tiket Formula 1 bagi edisi kali ini dikendalikan oleh pihak Bahrain sendiri.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

The post Tiket F1 MADANI Habis, Scalper Pula Bermaharajalela? appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved