Grab Akan Bekerjasama Dengan OpenAI Untuk Pengalaman Pengguna Lebih Baik

TechnologyDigital
31 May 2024 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab pun nampaknya akan menyertai arena kecerdasan buatan kerana baru-baru ini mereka mengumumkan kerjasama bersama dengan OpenAI. Dengan integrasi teknologi ini, Grab menyatakan mereka adalah yang pertama di Asia Tenggara yang menawarkan ciri AI dalam perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran makanan.

image is not available
Contoh pemesejan khidmat bantuan pelanggan Grab dengan bot

Menurut Grab, mereka akan menggunakan ChatGPT For Enterprise untuk para pekerja mereka sementara menggunakan teknologi AI OpenAI yang lain untuk membangunkan ciri kebolehcapaian, khidmat bantuan pelanggan dan pembangunan GrabMaps.

image is not available
Peta GrabMaps sekarang.

Untuk pengguna yang kurang upaya serta yang lebih berusia, ciri kebolehcapaian yang bakal diintegrasikan adalah bantuan dalam bentuk teks dan audio. Sementara chatbot khidmat bantuan pelanggan sedia ada akan dikemaskini dengan chatbot AI generatif. Akhir sekali untuk GrabMaps, mereka akan menggunakan kepakaran OpenAI dalam teknologi mengekstrak data daripada imej untuk pembangunan peta tersendiri yang lebih pantas.

Buat masa ini Grab masih tidak mendedahkan bila ciri AI mereka akan diberikan kepada pengguna. Dikatakan pekerja mereka akan menjadi antara yang terawal menguji kemampuan AI pada sistem Grab. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut akan datang.