Peranti komputer pertama AI sebesar tapak tangan, ini kelebihan Jolla Mind 2 lindungi data peribadi lagi cekap

Technology
31 May 2024 • 8:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENGENALAN peranti komputer pertama kecerdasan buatan (AI), Jolla Mind 2 tampil dengan teknologi lebih sofistikated bersama jaminan sekuriti dana peribadi lagi selamat.

Jenama keluaran Finland menerusi laman web rasmi memberitahu, Jolla Mind 2 dikuasakan dengan platform AI, Venho.Ai yang lebih mengutamakan privasi sebagai perisian utama.

Ia membantu pengguna untuk mengurus data dengan selamat, memperibadikan pengalaman untuk berhubung dengan aplikasi kegemaran mengikut syarat yang ditetapkan oleh pengguna.

image is not available

Menariknya, peranti canggih itu berupaya menjadi pelayan peribadi dan bertindak sebagai simpanan untuk maklumat tanpa perlu bergantung dengan storan awan.

 

Selain menggunakan sistem operasi Sailfish Core, ia juga menampilkan CPU RK3588 dengan kemampuan NPU 6TOPS, memori 16GB dan storan hingga 1 terabait.

image is not available

Harga jualan bermula RM3,566.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee