Grab Akan Melabur Pada Inisiatif Dikuasakan AI Sebagai Strategi Pertumbuhan Seterusnya

TechnologyDigital
25 Feb 2024 • 7:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab kini berkongsi, sebagai fasa pembangunan untuk seterusnya, mereka akan melakukan pelaburan pada beberapa perkara, termasuk pelaburan dalam inisiatif yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI). Buat masa ini, apakah yang akan dilakukan secara spesifiknya masih tidak dikongsikan.

Grab mengatakan ia akan memfokuskan kepada peningkatan produktiviti terlebih dahulu, sekaligus meningkatkan lagi kadar efisien syarikat berkenaan. Antara yang dilihat untuk peringkat awal adalah termasuk melibatkan pemasaran, khidmat pelanggan, dan juga terjemahan menu dalam aplikasi.

Langkah ini dilihat akan mengurangkan kadar kos operasi, disamping mempercepatkan lagi proses berkenaan melalui penggunaan kecerdasan buatan. Malah, ini boleh dikatakan peringkat awal pelaburan Grab dalam arena berkenaan.

Melalui laporan WSJ, Grab masih tidak berkongsi berkenaan jumlah pelaburan mereka dalam arena kecerdasan buatan, termasuk apakah perancangan jangka masa panjang dibawahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved