Grab Bersetuju Membeli Pegangan Majoriti 60% Atome Untuk RM6.1 Bilion

Business & FinanceStartup
15 Sep 2026 • 7:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab hari ini bersetuju untuk membeli pegangan majoriti pada perkhidmatan bayar nanti, pakai lekas (BNPL), Atome Financial, pada harga RM6.1 bilion. Grab akan mendapatkan pegangan sebanyak 60% pada Atome melalui transaksi ini.

Langkah ini juga akan turut mengukuhkan kedudukan Grab dalam arena perkhidmatan kewangan di rantau ini. Atome yang merupakan ringkasan kepada “Available To Me” sedia digunakan secara meluas dalam kalangan pengguna di rantau Asia Tenggara, terutamanya dalam mendapatkan sokongan bayaran ansuran dan fleksibel ketika berbelanja.

Grab Atome

Atome dikatakan mempunyai 25 juta pengguna, rentas Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand. Grab mengatakan melalui Atome mereka akan menerima akses kepada platform berkesan bagi pinjaman pengguna, sementara untuk Atome pula, mereka akan menerima akses kepada ekosistem Grab.

Grab sebelum ini sedia turut menawarkan perkhidmatan perbankan digital di Singapura dan Malaysia, dan turut menawarkan pilihan pinjaman dan pembayaran ansuran kepada pengguna dan juga peruncit. Sebelum ini, Grab turut telah mengambil-alih Stash Financial di Amerika Syarikat, selain melabur pada sejumlah pembangun teknologi swapandu dan roboteksi, selain turut mengambil-alih operasi FoodPanda di Taiwan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved