Grab, BYD, dan Geely Bangunkan Kenderaan Swapandu Tahap 4 Menggunakan Platform NVIDIA

WorldTechnology
17 Mar 2026 • 9:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita telah dijanjikan sistem swapandu Tahap 4 oleh Elon Musk sejak 10 tahun yang lalu. Saban tahun Musk berkata ia akan berlaku “tahun depan” tetapi seperti janji pilihanraya ia sekadar sembang lebat tanpa sekelumit berpijak di terra firma. Di GTC, NVIDIA mengumumkan platform swapandu Tahap 4 NVIDIA DRIVE Hyperion akan digunakan oleh BYD, Geely, dan Nissan.

Platform NVIDIA DRIVE Hyperion menyediakan seni bina rujukan standard merangkumi sistem perkomputeran, sensor, rangkaian dan sistem keselamatan untuk mempercepatkan pembangunan kenderaan swapandu.

image is not available

Swapandu Tahap 4 ialah sistem yang tidak memerlukan campur tangan manusia untuk memandu atau mengambil alih dalam situasi kecemasan. Ia walau bagaimanapun dihadkan di kawasan dan cuaca tertentu sahaja menggunakan sistem geopagar yang membezakannya dengan Tahap 5.

Turut diumumkan Uber menggunakan NVIDIA DRIVE Hyperion bersama dengan perisian swapandu NVIDIA DRIVE AV pada roboteksi mereka di 28 bandar di empat benua menjelang 2028. Roboteksi Uber akan beroperasi di Los Angeles dan San Francisco Bay Area menjelang H1 2027.

Sementara itu Grab, Bolt, Grab, Lyft dan TIER IV turut menggunakan Hyperion untuk mempercepat pembangunan roboteksi mereka. Grab telah melakukan pelaburan ke dalam Momenta, Infermove dan Momenta sejak tahun lalu untuk menawarkan perkhidmatan roboteksi di Asia Tenggara bermula tahun ini.