Grab Mengambil-Alih Rangkaian Pasaraya Di Sarawak – Everrise

TechnologyDigital
4 Mar 2025 • 10:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih syarikat sebalik pasaraya Everrise. Nilai pengambil-alihan tidak diumumkan buat masa ini.

image is not available

Pengambil-alihan ini hadir selepas sekitar dua tahun lepas, Grab mengambil-alih Jaya Grocer. Rangkaian pasaraya Everrise ini lebih tertumpu di Sarawak, dan satu cawangan di Sabah. Ditubuhkan pada 1993 yang lepas, ia mempunyai lebih 19 pasaraya dengan konsep memfokuskan barangan runcit premium.

Dengan pengambil-alihan ini juga, ia akan mengukuhkan lagi penawaran barangan runcit melalui Grab, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kita mungkin akan melihat integrasi dan penawaran barangan runcit dari Everrise yang dioptimasikan untuk pengguna Sarawak dalam masa terdekat, disamping pengoptimasian operasi syarikat berkenaan secara digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved