Grab naikkan kadar tambang per minit 115%, apa maknanya

16 Jan 2023 • 1:33 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Grab di laman rasmi mereka telah mengumumkan yang mereka telah melakukan perubahan pada struktur tambang perkhidmatan e-hailing mereka. Menurut pengendali perkhidmatan, struktur harga baharu ini akan digunakan untuk pengguna di Lembah Klang bermula 16 Januari 2023.

Alasan Grab adalah bagi memastikan kontraktor pemandu mereka mendapat pampasan yang lebih adil ketika berdepan dengan kesesakan jalan raya Lembah Klang. Pada waktu puncak misalnya, lebih masa diambil untuk melunaskan sesuatu tempahan walaupun jarak fizikalnya pendek.

Tambang per minit naik 115%

Buat penumpang Grab, kalau anda masih belum tahu, formula pengiraan tambang terkini e-hailing itu adalah seperti berikut:

image is not available

Kadar yang berubah dalam formula ini adalah tambang per minit dan tambang per km. Didapati yang tambang per minit naik sebanyak 115% daripada RM0.20/min kepada RM0.43. Kadar tambang per km pula menurun sebanyak hampir 64% daripada RM0.70/km kepada RM0.25/km.

Tiada perubahan tambang asas dan tambang minimum yang kini masing-masing berada pada paras RM2 dan RM5.

image is not available

Far Pick Up Bonus & pekali Hourly Cashback

Grab turut memperkenalkan Far Pick Up Bonus untuk pemandu yang tersangkut dalam kesesakan sewaktu ingin menjemput penumpang.

image is not available

Sekiranya tempoh untuk pickup didapati lebih daripada 5 minit, pemandu akan menerima pampasan sebanyak RM0.35 untuk setiap minit sehinggalah penumpang diambil dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Far Pick Up Bonus telah menggantikan Time Booster dan Cashback Bonus.

Satu lag insentif yang diperkenalkan adalah pekali Hourly Cashback. Menerusi insentif ini, pemandu boleh meraih sehingga 16 peratus tambahan ke atas tambang perjalanan sekiranya memenuhi kriteria tertentu.

image is not available

Berdasarkan jumlah tempahan yang berjaya disudahkan dalam tempoh 4 minggu, pemandu akan menyahkunci pekali antara 1x hingga 2x dan pekali itu akan didarabkan kepada Hourly Cashback berdasarkan jadual yang disediakan.

image is not available

Rajah di bawah adalah contoh yang diberikan pihak Grab.

image is not available

Sumber: Grab