Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Business & FinancePersonal Finance
14 Aug 2026 • 4:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater adalah ciri Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang diperkenalkan pada tahun 2021. Ciri tersebut lazimnya digunakan untuk pembayaran untuk perkhidmatan dalam aplikasi Grab pada awal pengenalannya, sebelum kemudiannya diperluaskan untuk menyokong pembayaran QR di kedai-kedai yang menggunakan QR khusus GrabPay.

Terbaru, Grab kini turut memperluaskan sokongan PayLater mereka untuk pembayaran menggunakan QR DuitNow. Ini bermakna anda kini boleh membuat pembelian secara ansuran di lebih banyak premis, tanpa lagi terhad kepada kedai yang menggunakan kod QR GrabPay sahaja.

Selain menggunakan baki GrabPay Wallet, ciri ini memberikan lebih fleksibiliti apabila anda mahu berbelanja. Selagi sesebuah kedai itu memaparkan kod QR DuitNow, anda hanya perlu mengimbasnya menggunakan aplikasi Grab dan memilih PayLater sebagai kaedah pembayaran.

Bagi QR khusus Grab pula, ia masih disokong seperti sedia ada untuk pembayaran menerusi PayLater.

Tersedia ekslusif untuk pengguna Grab tertentu buat masa ini

Walau bagaimanapun, ciri pembayaran DuitNow QR menggunakan Grab PayLater ini masih belum tersedia untuk semua pengguna buat masa ini. Grab kini sedang melancarkan ciri ini secara berperingkat kepada pengguna tertentu sebelum ia diperluaskan kepada lebih ramai pengguna.

Untuk menyemak sama ada anda sudah menerima ciri ini atau belum, anda boleh buka fungsi imbasan dalam aplikasi Grab, dan lihat sama ada pilihan PayLater sudah dipaparkan.

Cara bayar QR DuitNow guna Grab PayLater

Bagi pengguna yang sudah mendapat ciri ini, caranya agak mudah dan sama seperti membuat pembayaran menggunakan GrabPay biasa. Buka fungsi imbasan dalam aplikasi Grab, imbas kod QR DuitNow di kedai, kemudian pilih PayLater sebagai kaedah pembayaran. Anda boleh memilih tempoh pembiayaan sama ada 4, 8, atau 12 bulan.

Perlu diingatkan, terdapat caj faedah sebanyak 1.5% daripada jumlah keseluruhan transaksi yang dikenakan bagi setiap pembayaran menerusi PayLater ini.

Sebagai tambahan, pengguna yang membuat pembayaran QR DuitNow menggunakan Grab PayLater turut berpeluang menikmati ganjaran sehingga 2x GrabCoins.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Grab tentang PayLater.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved