Gamuda AI Academy Latih Bakat Baharu Dalam Pengaturcaraan Dan AI – Pendaftaran Kohort Baharu Kini Dibuka

LocalTechnology
13 Aug 2026 • 6:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gamuda AI Academy Latih Bakat Baharu Dalam Pengaturcaraan Dan AI – Pendaftaran Kohort Baharu Kini Dibuka

Tidak dapat dinafikan, kecerdasan buatan (AI) kini digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor. Peluang untuk menguasai bidang ini terbuka melalui Gamuda AI Academy, iaitu program latihan berstruktur yang ditubuhkan oleh Yayasan Gamuda bagi melahirkan bakat baharu dalam inovasi digital berasaskan AI. Program ini dijalankan di tiga kampus iaitu Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak dengan modul yang disesuaikan mengikut keperluan setempat.

Image from: Gamuda AI Academy Latih Bakat Baharu Dalam Pengaturcaraan Dan AI – Pendaftaran Kohort Baharu Kini Dibuka

Di Kuala Lumpur, fokus diberikan kepada modul Full Stack AI Development. Peserta dibimbing dalam pembangunan antara muka pengguna melalui UI/UX Design & Development, pembangunan sistem pelayan dan pengurusan awan dengan Backend Development & Cloud DevOps, serta aplikasi teknologi AI, Machine Learning dan Data Science. Program ini turut disokong dengan modul pembangunan diri yang menekankan aspek komunikasi, pembentangan idea (pitching) dan penjenamaan diri sekali gus melengkapkan peserta dengan gabungan kemahiran teknikal dan insaniah untuk bersaing dalam industri digital moden.

Image from: Gamuda AI Academy Latih Bakat Baharu Dalam Pengaturcaraan Dan AI – Pendaftaran Kohort Baharu Kini Dibuka

Di Sabah pula, penekanan diberikan kepada penguasaan bahasa pengaturcaraan Python dan JavaScript serta asas AI. Komponen ini digabungkan dengan modul Pembangunan Diri yang menekankan aspek komunikasi, kepimpinan dan kecekapan insaniah. Pendekatan menyeluruh ini memastikan peserta bukan sahaja menguasai kemahiran teknikal, tetapi turut memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam dunia digital.

Image from: Gamuda AI Academy Latih Bakat Baharu Dalam Pengaturcaraan Dan AI – Pendaftaran Kohort Baharu Kini Dibuka

Sementara itu, Kampus Kuching di CENTEXS GTech, Sarawak menawarkan modul khusus industri pembinaan melalui program Certificate in Digital Construction dan Certificate in AI and Cloud for Construction. Peserta akan didedahkan kepada Building Information Modelling (BIM), kerjasama berasaskan awan menggunakan Autodesk Construction Cloud, kejuruteraan data pembinaan serta pembangunan papan pemuka. Mereka turut diperkenalkan kepada teknologi Artificial Intelligence dan Digital Twin, di samping penguasaan alat analisis data moden seperti Google BigQuery, SQL dan Looker Studio.

Image from: Gamuda AI Academy Latih Bakat Baharu Dalam Pengaturcaraan Dan AI – Pendaftaran Kohort Baharu Kini Dibuka

Sepanjang program, pelajar akan mengikuti latihan intensif selama tiga bulan yang merangkumi kuliah serta projek berkumpulan. Struktur ini dirangka khusus untuk menguji keupayaan peserta secara praktikal, di samping memberi pengalaman sebenar dalam pembangunan teknologi. Program ini turut disokong sepenuhnya melalui tajaan penuh kepada pelajar kurang berkemampuan, sekali gus membuka akses kepada pendidikan berkualiti tanpa halangan kewangan.

Image from: Gamuda AI Academy Latih Bakat Baharu Dalam Pengaturcaraan Dan AI – Pendaftaran Kohort Baharu Kini Dibuka

Selain itu, program ini membuka laluan mudah kepada peserta untuk mendapat peluang pekerjaan bersama Gamuda dan Google Cloud. Kampus fizikal beroperasi di Damansara Jaya serta Kota Kinabalu lengkap dengan fasiliti moden bagi memastikan pengalaman pembelajaran menyeluruh. Bagi yang berminat, boleh layari laman web rasmi Gamuda AI Academy yang kini membuka pendaftaran untuk Kohort ke-7 di Kuala Lumpur dan Kohort ke-5 di Sabah.

Maklumat Lanjut – Gamuda AI Academy

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved