Graduan PSP pertaruh nyawa selamatkan tiga mangsa lemas

7 Aug 2026 • 8:37 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Graduan PSP pertaruh nyawa selamatkan tiga mangsa lemas

BUKIT MERTAJAM: Keberanian mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tiga mangsa yang hampir lemas di Pulau Perhentian, Terengganu, dua tahun lalu menjadi antara kisah menyentuh hati pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Utara 2026 yang diadakan di Perlis, semalam.

Mohamad Haikal Danis Mohamad Nasir, antara 951 graduan Politeknik Seberang Perai (PSP) bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut menyerlah menerusi kepemimpinan, keberanian dan khidmatnya kepada masyarakat.

Mohamad Haikal berkata, kejadian itu berlaku pada 6 Julai 2024 ketika dia bersama dua rakannya, Muhammad Naufal dan Daniel mengikuti program pembangunan kepemimpinan pelajar Pulau Perhentian, Besut apabila terdengar jeritan meminta pertolongan dari arah laut.

“Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak bergelut di dalam air sebelum seorang lagi kanak-kanak yang cuba membantu turut dihanyutkan ke kawasan lebih dalam. Seorang wanita yang tampil memberi bantuan hampir menjadi mang­sa apabila ditarik oleh kedua-dua kanak-kanak yang panik,” katanya di sini semalam.

Menurut Mohamad Haikal, dia dan dua rakannya kemudian terus berenang ke arah dua kanak-kanak itu dan berjaya menyelamatkan mereka daripada lemas.

“Saya hanya melakukan perkara yang dirasakan betul pada ketika itu kerana membayangkan mangsa berkenaan seperti adiknya sendiri, selain tidak memikirkan bahaya asalkan kesemua mangsa dapat diselamatkan.

“Saya percaya setiap ca­baran yang kita lalui membentuk siapa diri kita hari ini. Apa yang ibu dan ayah ajar sejak kecil ialah sentiasa membantu orang lain jika kita mampu. Nilai itulah yang saya pegang sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PSP, Mohd. Ruzi Hamzah berkata, kisah Mohamad Haikal Danis membuktikan bahawa kejayaan graduan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata sebaliknya turut dinilai melalui nilai kemanusiaan serta sumbangan kepada masyarakat.

Secara keseluruhannya, seramai 31,850 graduan politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara menerima diploma dan sijil masing-masing menerusi enam majlis konvokesyen yang diadakan mengikut zon secara berasi­ngan.-UTUSAN.

The post Graduan PSP pertaruh nyawa selamatkan tiga mangsa lemas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved