Graduan UM, UTM, USM, UiTM dan UKM antara universiti awam pilihan majikan 2025

LocalBusiness & Finance
23 May 2025 • 5:46 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Graduan UM, UTM, USM, UiTM dan UKM antara universiti awam pilihan majikan 2025

image is not available

23/05/2025 - 17:46

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 23 Mei – Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenaraikan antara institusi pengajian tinggi awam paling menjadi pilihan majikan di Malaysia.

Kelima-lima universiti itu tersenarai dalam Senarai Universiti Pilihan Majikan 2025 yang diterbitkan oleh Talentbank, badan rujukan utama negara dalam bidang kebolehpasaran graduan.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud di EQ Kuala Lumpur, yang memaparkan komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang antara institusi Pendidikan dan keperluan sebenar industri.

Berbeza dengan penarafan akademik tradisional, senarai ini disusun sepenuhnya berdasarkan data pengambilan pekerja sebenar daripada syarikat-syarikat gergasi di Malaysia, yang diperoleh secara langsung daripada majikan-majikan terkemuka di seluruh Malaysia seperti Petronas, Maybank, CelcomDigi.

Penarafan itu menggunakan Indeks Kebolehpasaran Graduan Kebangsaan (GE Index) yang mengaplikasikan metodologi tiga peringkat iaitu mengenal pasti universiti yang menjadi pilihan utama majikan, mengukur bilangan pengambilan graduan dari setiap institusi dan menilai kadar pengambilan semula oleh majikan berdasarkan prestasi graduan.

Indeks ini menjadi panduan emas buat lepasan sekolah dan ibu bapa dalam memilih universiti yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi terbukti menghasikan graduan yang tinggi permintaan di pasaran kerja.

Manakala di universiti swasta pula, antara nama yang terus gah adalah Sunway University yang kekal No.1 kebolehpasaran graduan selama empat tahun berturut-turut, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Heriot-Watt University Malaysia, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), International Medical University (IMU) serta Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Institusi-institusi tersebut diiktiraf kerana berjaya melahirkan graduan mahir, cekap, dan memenuhi keperluan pelbagai sektor industri. - DagangNews.com

standard