Green Day Ubah Lirik Lagu, Tunjuk Solidariti Pada Palestin Di Festival Coachella

Entertainment
16 Apr 2025 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Band zaman ‘childhood’ mereka yang lahir pada umur 80-an dan 90-an, Green Day, telah mencuri perhatian dalam penampilan mereka di festival muzik terbesar iaitu Coachella apabila mereka menukar sebaris lirik lagu yang berjudul ‘Jesus of Suburbia’ sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Dalam persembahan yang berlangsung pada hujung minggu lalu, vokalisnya, Billie Joe Armstrong menukar lirik yang ditulis pada tahun 2004 berbunyi..

“Running away from pain like kids from Palestine.”

image is not available

Selain Green Day, festival Coachella itu turut menampilkan band dari Ireland, yang dikenali sebagai Kneecap dengan membawa bendera Palestin dan ia sekaligus menunjukkan sokongan mereka terhadap Gaza.

Menurut sumber, tindakan mengutuk Israel itu bukanlah pertama kali dilakukan oleh Green Day. Februari lalu, mereka ada mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap Gaza ketika membuat konsert di Malaysia.

Sumber : Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.