Greentech, Felda meterai MoU bangunkan Loji Pengurusan Sisa Bersepadu

21 Sep 2023 • 3:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Greentech Axis Bhd dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan Loji Pengurusan Sisa Bersepadu.

MoU tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan.

Greentech, dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif tersebut adalah komitmen syarikat terhadap Matlamat Pembangunan Mampan berkenaan Alam Sekitar, Sosial dan Pengurusan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Projek perintis itu akan dilaksanakan di salah satu kawasan Felda di Johor dan merupakan satu kaedah bersepadu yang pertama dilaksanakan oleh Greentech bagi menangani isu berkaitan pengurusan sisa pepejal dan air buangan secara lestari.

Menurut Greentech, kemudahan tersebut akan dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau melalui proses pengasingan sisa yang berkesan dan seterusnya menyumbang kepada perubahan iklim. -Bernama