Grok Bot Akan Menggunakan Model AI Lain Dalam Berikan Hasil Terbaik – Termasuk Claude, Midjourney Dan Suno

TechnologyDigital
8 Oct 2026 • 4:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini berkongsi menyatakan Grok Bot, iaitu perkhidmatan ejen AI daripada SpaceX bukan sahaja akan menggunakan model AI mereka tersendiri, tetapi turut akan bergantung kepada model AI pihak ketiga dalam memberikan hasil terbaik. Elon Musk mengatakan ini termasuk menggunakan Claude Opus 5.5, Midjourney, Suno dan beberapa yang lain.

Seperti ramai sedia maklum, setiap model mempunyai kelebihan masing-masing. Sebagai contoh Midjourney terkenal dengan penjanaan imej, sementara Suno pula dengan penjanaan lagu.

Image from: Grok Bot Akan Menggunakan Model AI Lain Dalam Berikan Hasil Terbaik – Termasuk Claude, Midjourney Dan Suno

Dengan langkah ini, ia sekaligus memperlihatkan Grok Bot lebih terbuka kepada integrasi bersama pihak lain, dan menawarkan ejen AI yang boleh melakukan tugasan lebih berkualiti berbanding penyedia lain yang hanya mengehadkan penawaran kepada model mereka semata-mata sahaja.

Tidak setakat ini, Grok Bot juga dipasarkan secara meluas oleh pihak SpaceX kebelakangan ini, dalam usaha menyaingi pasaran lain, terutamanya di negara-negara yang tidak mempunyai akses kepada Meta Muse dan beberapa ejen AI lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved