SpaceXAI Akan Dijenamakan Semula Sebagai SpaceXSI – Elon Musk

TechnologySpace
5 Oct 2026 • 5:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada minggu lepas yang mengatakan bahawa terma Artificial Intelligence (AI) akan dinamakan semula sebagai Super Intelligence (SI), Elon Musk sebagai pemilik dan CEO syarikat SpaceXAI akan menjenamakan semula syarikat tersebut.

Menjawab persoalan seorang pengguna di platform media sosial X/Twitter, Elon Musk mengesahkan bahawa beliau kelak akan menukar nama syarikat kecerdasan buatan dan teknologi angkasa SpaceXAI kepada SpaceXSI sebagai tanda persetujuan dengan apa yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump.

Image from: SpaceXAI Akan Dijenamakan Semula Sebagai SpaceXSI – Elon Musk

Selain daripada Donald Trump dan Elon Musk, individu-individu seperti Jensen Huang, CEO NVIDIA dan Sanjay Mehrota, CEO Micron juga dilihat telah mula menggunakan terma ini, walaupun dalam kapasiti persendirian sahaja buat masa ini.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah Elon Musk akan mula menukar nama syarikatnya kepada SpaceXSI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved