
iQOO mengesahkan bahawa model terbaharu, iQOO 16 akan dilancarkan di Malaysia pada November 2026. Telefon ini hadir sebagai peranti permua mercu dengan cip berkuasa Snapdragon 8 Elite Gen 6 yang menawarkan prestasi tinggi dan direka khusus untuk pengalaman permainan bertaraf PC.
Peranti ini menggunakan skrin berpanelkan 2K 165Hz Samsung Everest Display yang merupakan paparan terawal seumpamanya pada peranti Android. Dengan fokus utama pada prestasi berkuasa, paparan berprestasi tinggi dan pengalaman gaming menyeluruh, iQOO 16 dijangka menjadi pilihan dominan bagi mereka yang gemar bermain permua secara intensif.
Turut masih belum dapat dipastikan sama ada spesifikasinya akan sama seperti versi di China atau sebaliknya. Pelancaran rasmi akan diumumkan oleh iQOO Malaysia dalam masa terdekat dan maklumat lanjut dijangka dikongsikan secara berperingkat.





