Grok Kini Boleh Merumuskan Butiran Akaun Pengguna X

TechnologyDigital
25 Jul 2024 • 2:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Banyak produk digital sekarang ingin mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan generatif. Kemudian, produk yang memfokuskan kepada kandungan berasaskan teks dan imej pasti ingin hadir dengan ciri merumuskan sesuatu. Terbaru, X pula memperkenalkan ciri merumuskan sesuatu dengan AI.

image is not available

More About This Account adalah ciri untuk pengguna X yang yang melanggan X Premium atau X Premium+. Ia menggunakan AI untuk merumuskan butiran akaun pengguna X, misalnya jika anda ingin mengambil tahu informasi dan latar belakang asas seseorang pengguna sebelum mengikuti mereka atau melihat kandungan yang mereka kongsi – ciri ini sesuai untuk anda.

Setiap rumusan ini turut mempunyai mesej “Grok version 1.5 is an early feature and can make mistakes. Verify its outputs,” kerana hasilnya tidak tepat dan kebanyakan kalinya salah. Laporan TechCrunch menyatakan, rumusannya tidak memberi informasi tambahan dan terlampau kosong sehinggakan melihat deskripsi profil X seseorang lagi mudah faham siapa sebenarnya dia di X. Adakah anda pelanggan X Premium atau X Premium+ yang menggunakan Grok? Adakah ciri ini berguna?