Grok Menghalang Janaan Gambar Lucah Di Negara Tertentu Selepas Disiasat

LocalTechnology
15 Jan 2026 • 1:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

X pagi ini mengumumkan ciri menjana imej yang lucah atau tidak senonoh menggunakan Grok akan dihalang di beberapa negara. Langkah diambil selepas Grok dihalang akses di Malaysia dan Indonesia serta mula disiasat di EU, India serta United Kingdom kerana imej janaan gambar lucah tanpa kerelaan adalah jenayah di negara-negara ini.

image is not available

Ciri janaan gambar dan menyunting gambar menggunakan Grok kini hanya diberikan kepada pelanggan berbayar. Halangan menjana gambar pakaian mandi akan dihalang menggunakan teknologi geopagar. Ini bermakna ia secara teorinya masih boleh dipintas menggunakan VPN.

X juga mengatakan mereka bekerja sepanjang masa untuk menambah perlindungan tambahan, mengambil tindakan pantas dan tegas untuk mengalih keluar kandungan yang melanggar dan menyalahi undang-undang. Akaun yang didapati bersalah akan digantung secara kekal dan mereka bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan penguatkuasaan undang-undang sekiranya perlu.