
Pada Oktober 2025 yang lepas, Elon Musk telah memperkenalkan perkhidmatan yang menghimpunkan kandungan seumpama Wikipedia, dinamakan Grokipedia. Ketika diperkenalkan, ia dikatakan menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam menambah-baik kandungan yang disenaraikan.

Namun, kini ia dilihat perkhidmatan dan kandungan di Grokipedia tidak lagi dikemaskini. Mengikut laporan, artikel di laman berkenaan tidak dikemaskini sejak 24 April 2026 yang lepas. Ia juga tidak lagi melakukan sebarang penyuntingan yang dicadangkan pada artikel.
Ia tidak diketahui sama ada perkhidmatan ini akan diteruskan, atau akan berkubur begitu sahaja selepas ini. Sementara itu, Wikipedia terus aktif dan berkembang dengan hampir suku jutaan penyuntingan yang berlaku hampir setiap hari.




