Kad kredit CIMB kini sokong Apple Pay, ada cashback sehingga RM118

LocalBusiness & Finance
21 Jul 2026 • 2:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Kad kredit CIMB kini sokong Apple Pay, ada cashback sehingga RM118

Selepas hampir empat tahun sejak Apple Pay diperkenalkan di Malaysia, akhirnya CIMB Malaysia mengumumkan kad mereka kini menyokong perkhidmatan tersebut.

Walaupun agak lambat, ia akhirnya tiba juga. Dengan ini, CIMB menjadi bank ke-7 yang menyokong Apple Pay, selepas Maybank, RHB, Hong Leong, AmBank, HSBC dan Standard Chartered.

Sebelum ini, CIMB pernah menyatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk menyokong Apple Pay pada suku kedua 2023, namun ia baru sahaja menjadi kenyataan hari ini.

Kad CIMB yang sokong Apple Pay

Berdasarkan FAQ di laman rasmi CIMB, Apple Pay disokong untuk kebanyakan kad kredit Visa dan Mastercard mereka.

Buat masa ini, hanya dua kad kredit CIMB yang tidak menyokong Apple Pay, iaitu CIMB Petronas Visa Infinite-i dan CIMB Petronas Platinum-i. Selain itu, Apple Pay juga masih belum tersedia untuk kad debit CIMB, Platinum Business Card, dan Fuel Tanker Card.

Pelanggan boleh menambah kad ke Apple Pay sama ada melalui pilihan “Add to Apple Wallet” dalam aplikasi CIMB OCTO, atau menambah kad terus ke dalam Apple Wallet pada peranti Apple mereka.

Cashback sehingga RM118

Sempena pelancaran ini, CIMB Malaysia turut mengadakan kempen untuk masa terhad, menawarkan cashback sehingga RM118 kepada pelanggan yang menggunakan kad kredit CIMB untuk pembayaran melalui Apple Pay. Promosi ini berlangsung dari 21 Julai sehingga 14 September 2026.

Untuk layak menerima cashback ini, pelanggan perlu melakukan sekurang-kurangnya 5 transaksi Apple Pay dengan nilai minimum RM50 setiap satu. Jika anda mahu mendapatkan cashback penuh sebanyak RM118, anda perlu memiliki kedua-dua kad kredit CIMB Mastercard dan Visa, kerana setiap satu menawarkan jumlah cashback yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi CIMB mengenai Apple Pay.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved