GRS yakin Kuala Penyu sumbang satu kerusi

LocalPolitics
17 Jun 2025 • 9:57 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

KUALA PENYU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Penyu akan menyumbang kerusi untuk gabungan itu selepas pilihan raya negeri (PRN17) nanti.

Naib Presiden GRS, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, keyakinan itu berdasarkan kepimpinan dan pencapaian wakil rakyatnya, Datuk Limus Jury yang mempertahankan kerusi itu sejak PRN14 lalu.

“Ditambah lagi dengan pelbagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat disediakan Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor melibatkan sosial, ekonomi dan pendidikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Justeru, kita yakin Kuala Penyu bakal menyumbang satu kerusi buat GRS pada PRN17 ini,” katanya pada Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Kuala Penyu, di sini, Ahad lepas.

Hadir sama Ketua PGRS Bahagian Kuala Penyu, Datuk Limus Jury dan barisan kepimpinan GRS.

Sementara itu, Limus berkata Kuala Penyu bakal mendapat limpahan ekonomi melalui industri pelancongan di bawah pewujudan sebuah resort antarabangsa, Club Med.

Menurutnya, resort bertaraf enam bintang itu kini dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini, sekali gus memberi pelbagai impak ekonomi di kawasan ini.

“Sebaik siap, resort ini bakal membawa masuk pelancong dari seluruh dunia dan sudah tentu kawasan ini akan menikmati limpahan daripadanya seperti peluang pekerjaan dan perniagaan setempat.

“Bukan itu saja, kita juga sedang merancang untuk melaksanakan pelbagai pembangunan insfrastruktur bagi memperkasakan sektor pelancongan di Kuala Penyu ini,” katanya.