GSF 2.0: ZRA Serta 2 Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel

WorldPolitics
30 Apr 2026 • 12:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

kapal zra ditahan israel

Pagi ini, beberapa kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dilaporkan telah dipintas oleh pasukan tentera Israel.

Menurut penganjur misi GSF 2.0, kapal mereka dihampiri oleh bot laju tentera Israel sebelum mengarahkan aktivis berkumpul di hadapan bot dalam keadaan berlutut.

Katanya, bot tentera Zionis mengepung konvoi itu di perairan antarabangsa berhampiran pulau Crete Greece sekitar pukul 2 pagi tadi.

Sementara itu, berita AlHijrah melaporkan kapal dinaiki bekas wartawan dan aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA serta dua lagi rakyat Malaysia antara yang ditahan.

“Kapal yang dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi; Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I,” tulis kenyataan itu.

Setakat ini, sebanyak 15 kapal telah dipintas tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, manakala 43 kapal masih meneruskan pelayaran.

Dalam perkembangan sama, Radio Tentera Israel memetik sumber yang memaklumkan pihaknya telah memulakan usaha untuk mengawal bot bantuan yang sedang dalam perjalanan ke Gaza, walaupun berada jauh dari perairan Israel.

Sumber: Facebook, Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.