GSF: Ardell, Heliza & Hazwani Dihantar Pulang Ke Malaysia Selepas Insiden Kapal Rosak

LocalWorld
29 Apr 2026 • 10:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

GSF: Ardell, Heliza & Hazwani Dihantar Pulang Ke Malaysia Selepas Insiden Kapal Rosak

GSF: Ardell, Heliza & Hazwani Dihantar Pulang Ke Malaysia Selepas Insiden Kapal Rosak

Beberapa selebriti termasuk Heliza Helmi bersama adiknya Nur Hazwani terpaksa dihantar pulang ke tanah air daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) akibat kerosakan serius pada kapal.

Menurut kenyataan Sumud Nusantara Official di Facebook, selain pasangan adik-beradik itu, Ardell Aryana atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin turut dilaporkan telah selamat tiba di Malaysia.

Difahamkan, mereka akan memulakan tugas rasmi di pangkalan SNCC di Sepang yang kini turut berperanan sebagai Pangkalan Operasi Serantau, melibatkan penyelarasan strategik bersama tujuh buah negara.

"SNCC sekali lagi menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi ini dan menggesa rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan moral serta mendoakan keselamatan seluruh armada Global Sumud Flotilla," ujar hantaran lagi.

Sementara itu, SNCC memaklumkan bahawa kesemua 36 rakyat Malaysia yang terdiri daripada jurutera bot, kapten, pasukan perubatan (medic), kru kapal, penganjur serta peserta kini berada dalam keadaan sihat dan bersemangat tinggi untuk meneruskan fasa pelayaran ini.

Dalam pada itu, pihak urus setia sentiasa memantau aspek keselamatan dan kebajikan semua krew bagi memastikan kelancaran operasi di perairan antarabangsa.

Baca juga:

View Original Article