GST Belum Jadi Pilihan Selagi Pendapatan Rakyat Belum Tahap Munasabah & Kos Sara Hidup Membebankan – Amir Hamzah

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 10:34 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

GST Belum Jadi Pilihan Selagi Pendapatan Rakyat Belum Tahap Munasabah & Kos Sara Hidup Membebankan – Amir Hamzah

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, ada di antara individu yang mahu kerajaan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat mampu mengukuhkan ekonomi disamping menambah pendapatan negara.

Antara yang menyuarakan perkara itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berpendapat kerajaan tidak seharusnya malu untuk menggunakan semula GST untuk ‘menyelamatkan’ negara.

Malah sebelum ini juga, Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ turut mencadangkan perkara sama bagi mengukuhkan lagi asas percukaian negara.

Baca Artikel Berkaitan: Kembalikan GST Untuk Kukuhkan Asas Percukaian Negara, Nak Panggil ‘Madani Tax’ Pun Boleh – KJ

Kerajaan Belum Pertimbang Laksana GST, Kos Sara Hidup Masih Membebankan

Semalam (29 Oktober), Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan kerajaan belum mempertimbang pelaksanaan semula GST.

Jelasnya, ketetapan itu dibuat selagi pendapatan rakyat belum mencapai tahap munasabah serta kos sara hidup yang masih membebankan.

Tambah beliau, kerajaan buat masa ini akan memberi tumpuan dengan menambah baik Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan mengambil kira beberapa faktor pertimbangan termasuk kemampuan rakyat, kos pematuhan perniagaan serta keupayaan menjana hasil negara.

“GST cenderung bersifat regresif kepada golongan berpendapatan rendah dan membelanjakan bahagian yang lebih besar daripada pendapatan mereka untuk barangan dan perkhidmatan.

“SST pula memberi ruang kepada pendekatan lebih progresif dan bersasar, di mana kerajaan boleh memilih barang dan perkhidmatan untuk dikenakan cukai,” katanya.

Keadaan ini termasuklah kerajaan boleh memilih barang dan perkhimatan untuk dikenakan cukai namun pada masa sama mengecualikan barangan asas.

Amir Hamzah berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat.

SST Boleh Ditetapkan Dengan Mengambil Kira Kemampuan Rakyat

Tambah beliau lagi, meskipun sebahagian beban cukai boleh dipindahkan kepada pengguna menerusi harga namun SST boleh ditetapkan dengan mengambil kira kemampuan rakyat.

Jelasnya lagi, dari segi pematuhan, sebanyak 700,000 peniaga atau 90% perniagaan telah berdaftar di bawah GST pada tahun 2018 berbanding 130,000 perniagaan berdaftar di bawah SST pada tahun 2026.

“Ini bermakna, di bawah sistem GST, lebih banyak syarikat terpaksa mengurus pelaporan syarikat dan menanggung kos pematuhan berbanding sistem SST sedia ada.

“Seperti ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selagi pendapatan rakyat belum di tahap munasabah dan kos sara hidup masih membebankan pelaksanaan semula GST belum menjadi pilihan kerajaan,” katanya.

Tambah Baik SST Turut Dorong Peningkatan Hasil Kerajaan

Jelas Amir Hamzah lagi, penambahbaikan terhadap SST juga turut mempengaruhi peningkatan hasil kerajaan.

Ini kerana berdasarkan Tinjauan Fiskal 2027, kutipan SST menunjukkan peningkatan daripada RM55.9 bilion pada tahun 2025 kepada anggaran RM67 bilion pada tahun 2026 sebelum ia diunjur atau diramal mencecah RM73.7 bilion pada tahun 2027.

Tambahnya, kutipan ini meningkat sebanyak RM17.4 bilion bagi tempoh dua tahun itu.

“Kutipan SST pada masa itu mencecah 3% daripada KDNK, iaitu tahap sama dengan GST pada 2017.

“Ini bermakna, saranan untuk menggantikan SST dengan GST tidak semestinya menjana hasil tambahan.

“Ia hanya mengalihkan tanggungan cukai daripada sektor perniagaan, termasuk eksport, kepada rakyat sepenuhnya,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Terbuka Kaji Keperluan Gabung SST & GST Untuk Sistem Cukai Lebih Progresif – Anwar

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Kekalkan Cukai SST, Belum Sedia Laksanakan GST Kerana Pendapatan Rakyat Rendah – Lim Hui Ying

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved