GT Jepun Kembali Gegar Litar Sepang 

SportsCars
12 Mar 2025 • 8:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

GT Jepun Kembali Gegar Litar Sepang

Siri perlumbaan Super GT bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang pada Jun ini, lapor Stadium Astro.

Khabar gembira itu mencuri perhatian seluruh peminat perlumbaan tempatan yang sudah tidak sabar menantikan hampir 12 tahun perlumbaan kereta dari Jepun itu, khususnya bagi mereka yang masih mengikuti perkembangan perlumbaan GT500 dan GT300.

Difahamkan, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang dipilih menjadi venue perlumbaan selain daripada negara matahari terbit itu.

Litar Sepang bakal menjadi rumah bagi pusingan ketiga dalam kalendar Super GT musim 2025.

Format Perlumbaan

Seperti perlumbaan terdahulu, format yang digunakan adalah masih sama, di mana setiap pasukan akan menampilkan dua pelumba dengan format rolling start yang penuh dramatik.

Festival makanan dan budaya Jepun, Nihon Matsuri anjuran Trumpet International antara tarikan yang dapat dinikmati oleh pengunjung selain menonton aksi hebat di litar itu.

Lebih menarik, perlumbaan sulung GR86 Cup Series Malaysia 2025 kali ini menampilkan sebanyak 30 buah Toyota GR86 yang akan bersaing dalam empat pusingan sepanjang musim.

Pusingan pertama akan berlangsung serentak dengan perlumbaan Super GT di Sepang sekali gus menjadikan siri perlumbaan di Malaysia lebih padat dengan aksi.

Setakat ini, Nissan Z GT500, Toyota Supra GT500 dan Honda Civic Type R-GT500 adalah tiga pengeluar utama Jepun yang masih kekal bersaing dalam GT500.

Kali terakhir Super GT dianjurkan di Sepang adalah pada tahun 2013 yang mana ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan setiap kali ia dianjurkan.