Grand Theft Auto VI versi konsol akan dilancarkan pada 19 November dengan ia sudah mencatatkan pendapatan ratusan juta kepada Rockstar Games menerusi pratempahan. Lazimnya versi PC hanya akan tiba selepas setahun versi konsol dilancarkan. Tetapi hari ini muncul laporan versi PC akan tiba awal 2027.

Gamebeat melaporkan GTA VI versi PC akan tiba dalam tiga bulan pertama 2027 dengan mereka memetik maklumat daripada empat sumber industri. Mengapa pelancaran lebih awal dilakukan tidak diketahui. Tetapi yang berlaku sekarang ialah terdapat banyak emulator untuk PS5 telah dibangunkan dengan ia membenarkan permainan cetak rompak dijalankan.
Rockstar mungkin bertindak awal bagi mengelakkan jualan permainan video yang dilaporkan menelan belanja antara $1-$2 bilion terjejas disebabkan cetak rompak. Kutipan jualan yang tinggi diperlukan bagi membolehkan pembangun balik modal. Harga jualan GTA VI di konsol adalah lebih mahal berbanding permainan biasa disebabkan perkara ini.
Rockstar Games tidak memberikan sebarang jawapan menafikan atau mengesahkan laporan pada waktu ini.




