“Guard pun lari keluar” – Tular Video CCTV Bank Kena Rompak, Pelaku Bawa Senjata

Entertainment
8 Sep 2023 • 2:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di platform X (Twitter) memaparkan sebuah bank telah dirompak oleh lelaki bersenjata tajam.

Pada awal video, dua wanita sedang menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) manakala pengawal bank itu sedang berada di sudut ruang bank tersebut.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbaju hitam dan berhelmet telah masuk ke dalam bank itu. Lelaki berhelmet itu berdiri di antara dua wanita itu sebelum mengeluarkan sebilah pisau lalu mengacukan kepada salah seorang wanita.

Dengan tangan kanannya yang masih memegang senjata, pergelutan kecil telah berlaku sebelum dia berjaya merampas wang tunai yang berada di tangan wanita berbaju putih.

Dalam masa yang sama, pengawal bank itu telah membuka pintu menyuruh lelaki itu keluar. Namun disebabkan lelaki itu membawa pisau, pengawal itu terus lari keluar dari bank tersebut.

Mangsa dan seorang lagi wanita nampak panik dan trauma selepas kejadian itu berlaku. Namun begitu, setakat ini belum ada laporan rasmi mengenai kejadian ini.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.