Dua maut dalam nahas di JRTB   

18 Nov 2026 • 9:47 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkiniGERIK: Dua maut manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 49, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, tengah malam tadi.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat nahas itu diterima pada pukul 12.52 tengah malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dihantar ke lokasi kejadian.Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civic dinaiki ketiga-tiga mangsa dan sebuah lori muatan ayam.“Komander operasi segera melakukan penilaian awal dan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas menyelamat dan pengusung bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.“Bagaimanapun, dua mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.Menurutnya, seorang lagi wanita yang menaiki kereta sama pula mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.Katanya, dalam kejadian itu, dua lelaki yang merupakan pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan. – UTUSAN

The post Dua maut dalam nahas di JRTB    appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved