Dua rentung tersepit dalam Proton BLM

18 Nov 2026 • 8:58 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua rentung tersepit dalam Proton BLM

BATU PAHAT – Dua lelaki rentung apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan berhampiran tempat cuci kereta Projek Kilat di Jalan Jaya Diri, Rengit, di sini. malam tadi.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Penolong Penguasa Bomba Norhisam Abdul Talib berkata, kejadian pukul 8 malam itu melibatkan kereta jenis Proton Wira dan Saga BLM.

Katanya, kereta Proton Wira dinaiki seorang lelaki dewasa berusia 37 tahun dan seorang perempuan warga emas berusia 61 tahun.

Jelasnya, sebuah lagi kereta iaitu jenis Proton Saga BLM dinaiki dua orang lelaki berusia 22 dan 17 tahun namun tersepit dan rentung dalam kenderaan berkenaan.

“Mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Wira dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk diberikan rawatan awal.

“Dua mangsa rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya selepas berjaya dikeluarkan sebaik api berjaya dipadamkan,” katanya dalam kenyataan har inill

Menurut Norhisham lagi, identiti mangsa serta nombor pendaftaran kereta Proton Sagba BLM belum dapat dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

The post Dua rentung tersepit dalam Proton BLM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved