Gudang perabot musnah terbakar

LocalHome & Living
10 May 2026 • 7:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gudang perabot musnah terbakar
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian pada Ahad.
Image from: Gudang perabot musnah terbakar
Sebuah gudang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Diamond City, Jalan Broga pada Ahad.

SEMENYIH - Sebuah gudang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Diamond City, Jalan Broga di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.45 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bersama beberapa balai bantuan bergegas ke lokasi kejadian.

"Jentera pertama tiba di lokasi kira-kira empat minit selepas panggilan diterima.

"Kebakaran melibatkan sebuah gudang perabot jenis bangunan kelas B dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

**media[3516275]**

Beliau berkata, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Kajang, BBP Bangi, BBP Pandan Indah, BBP Mantin serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Serdang.

"Seramai 27 anggota bersama beberapa jentera dikerahkan ke lokasi bagi mengawal dan memadam kebakaran.

"Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan," katanya.

Tambah beliau, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.