
Gulf Oil International dan Trackhouse MotoGP Team telah mendedahkan livery khas pilihan peminat yang bakal menghiasi jentera Ai Ogura dan Raul Fernandez pada Grand Prix Indonesia (3–5 Oktober) dan Grand Prix Malaysia (24–26 Oktober).
Selepas undian sengit dengan perbezaan kurang 1% antara dua rekaan teratas, livery “Passion” diumumkan sebagai pemenang. Rekaan ini mengekalkan warna ikonik Gulf Light Blue dan Gulf Orange, simbolik kepada warisan perlumbaan Gulf serta semangat kerjasama dengan Trackhouse.
“Passion” membawa maksud nadi perlumbaan – satu penghormatan kepada budaya, sejarah dan generasi peminat MotoGP. Ia menandakan kerjasama kali kedua Gulf dan Trackhouse dalam menghubungkan peminat secara lebih dekat dengan dunia perlumbaan.
Raul Fernandez menyifatkan peluang peminat untuk memilih rekaan motosikal sebagai sesuatu yang “sangat istimewa”, manakala Ai Ogura yakin jentera RS-GP25 dengan livery Gulf ini akan tampil lebih menonjol di Mandalika dan Sepang.




The post Gulf Oil & Trackhouse MotoGP Dedah Livery “Passion” Pilihan Peminat appeared first on TW Media.
