Yamaha V4-Powered Prototype Raih 2 Mata Pertama Dalam Debut MotoGP Di Misano

15 Sep 2025 • 2:00 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available
Foto: Yamaha Factory Racing

Sejarah tercipta di Grand Prix San Marino apabila Yamaha V4-Powered Prototype menamatkan perlumbaan penuh MotoGP buat kali pertama. Wild-card entry Augusto Fernández berjaya menamatkan 27 pusingan di kedudukan ke-14, sekali gus menghadiahkan dua mata sulung untuk projek baharu ini.

Yamaha Factory Racing menggunakan perlumbaan utama Ahad sebagai medan ujian penting untuk mengutip data jarak jauh di litar kering Misano World Circuit Marco Simoncelli. Bermula dari P22, Augusto sempat naik ke P19 sebelum dikenakan penalti double long lap kerana jump start. Walaupun penalti itu menjejaskan rentak perlumbaan, beliau terus fokus mengutip data penting untuk pembangunan jentera baharu ini.

Dalam fasa akhir, Augusto berdepan cabaran sengit daripada Somkiat Chantra, namun berjaya mengekalkan kedudukan hingga ke garisan penamat. Dengan tujuh pelumba gagal menamatkan perlumbaan, pelumba ujian Yamaha itu menutup hari bersejarah di P14, 1’01.504s di belakang pemenang.

Keputusan ini meletakkan Augusto Fernández di kedudukan bersama ke-24 dalam kedudukan kejuaraan dengan 8 mata, manakala Yamaha kini berada di tempat kelima constructor championship dengan 168 mata.


Reaksi Pelumba

Augusto Fernández – Yamaha Factory Racing Test Rider

“Hari ini kami berjaya melengkapkan 27 pusingan dalam race pace dengan jentera prototaip baharu ini. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk lebih memahami segalanya, dan kami perlu bersabar kerana masanya belum tiba. Potensinya ada, dan kami sudah mengutip mata pada percubaan pertama. Ia satu permulaan baik untuk proses pembangunan sebenar berdasarkan perlumbaan. Konsistensi adalah kunci, kerana apabila saya dapat rasa yang baik dengan jentera ini, ia sudah lebih baik berbanding motosikal lama. Esok Fabio dan Álex akan meneruskan ujian prototaip ini, jadi mari kita lihat apa hasilnya nanti.”