“Guna AI Tiada Masalah, Tapi Dengan Cara Betul Dan Bukan Tipu Orang” – Hafiz Hamidun

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun menjelaskan bahawa dia tidak menganggap penggunaan AI dalam berkarya sebagai sesuatu yang buruk, malah teknologi itu juga sudah lama dipraktikkan oleh sesetengah pemuzik.

Teknologi ini sudah lama kerana ia memudahkan dan sebagainya. AI ini juga ada digunakan di studio rakaman, cuma dalam keadaan sekarang orang awam sudah boleh guna teknologi ini, jadi ia bukan sesuatu yang mahal. Ada yang boleh digunakan dalam telefon bimbit menerusi aplikasi.

image is not available

 

Bagi saya, tak salah untuk guna AI, tapi kalau pelanggaran hak cipta secara terang-terangan tak boleh.

Memetik dari Berita Harian, penyanyi itu turut berkata jika tidak menggunakan teknologi, semestinya industri muzik kita akan ketinggalan.

Pada zaman sekarang kalau tak guna teknologi, kita akan ketinggalan. Tapi, perlu lihat juga penggunaan itu bagaimana. Jangan sampai ciplak karya orang.

image is not available

Dia turut menegaskan pelanggaran hak cipta secara terang-terangan ini sama sekali tidak boleh dilakukan lebih-lebih lagi jika apa yang dilakukan boleh menjurus kepada masalah atau isu lain.

Bila jadi masalah macam jenayah, pengguna lain juga akan susah. Jadi, untuk gunakan AI tiada masalah, tapi cara betul dan bukan tipu orang. Saya rasa teknologi ini memang ada terma ditetapkan.

Penyanyi itu turut berkata dia tidak membangkang 100 peratus kerana dia turut menggunakan teknologi AI.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah

image is not available 6 hours ago

FashionValet Dah Rugi Berterusan Sejak Tahun 2012 Hingga 2017 Sebelum Pelaburan Khazanah & PNB