Guna Alasan Ada Kes Mahkamah, Pesara Guru Ditipu RM 225K Dengan ‘Lee Min-Ho’

Entertainment
14 Dec 2023 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Love scam juga dikenali sebagai penipuan cinta, adalah satu modus operandi di mana penipu mencipta identiti palsu untuk memperdaya mangsa dengan berlakon mengambil berat sehingga mangsa jatuh cinta.

Terbaru, seorang warga emas yang merupakan pesara guru terjerat dengan love scam dan terpaksa berputih mata apabila dia rugi sebanyak RM 225,000 apabila diperdaya seorang individu yang menggunakan identiti artis K-Pop, Lee Min-Ho.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan mendapati, wanita berusia 74 tahun itu mengenali suspek yang menyamar sebagai pelakon Boys Over Flowers itu pada tahun lalu menerusi Facebook.

Difahamkan, dia hanya berkomunikasi dengan suspek dengan menggunakan messenger dalam aplikasi media sosial itu.

“Pada Oktober lalu, suspek mula meminta mangsa memasukkan wang kepadanya dengan alasan dia mempunyai kes perbicaraan di mahkamah.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa dia memerlukan jumlah wang yang banyak untuk lepas daripada kes tersebut,” katanya.

Pesara itu berkata dia termakan ‘umpan’ suspek dan bertindak memindahkan sejumlah wang itu dalam satu akaun dalam tempoh dua bulan sehinggan bulan ini.

Dia hanya menyedari dia ditipu selepas membuat pemindahan wang tersebut, dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang kelmarin.

Polis sedang mengesan sindiket yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.