“Salah Kieda Terlampau Ikut Emosi” – Usahawan Kieda Crepe Mohon Maaf

9 May 2025 • 12:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kieda crepe

Usahawan Kieda Crepe, Khalieda Yusra tampil mengaku kesilapan kerana terlalu emosi selepas makanan yang dijualnya dihina seorang pelanggan.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Kieda memohon maaf dan berterima kasih kepada orang ramai yang sudi memberi teguran.

Kieda mohon maaf, mengaku terlalu beremosi

image is not available

Dia berlapang dada dan menerima nasihat yang diberikan oleh ramai pihak. Namun Kieda berharap jika makanan tidak kena dengan selera masing-masing, janganlah sampai menghina.

Cumanya kieda harap lepas ni, andai tak kena selera jangan sampai kita menghina dan mengeji umpama tiada kebaikan.

Usahawan ini juga kecewa difitnah telah ‘game’ pembeli sedangkan dia berusaha keras untuk menaikkan jenama tersebut sehingga kini dikenali ramai.

Mungkin sekadar ‘CREPE’, tapi sangat banyak hasil yang kieda dapat bantu orang dengan Crepe ni.

Difahamkan, isu ini mula tercetus apabila ada pihak yang dikatakan menghina makanan Kieda Crepe menerusi status di WhatsApp.

Individu tersebut berkata crepe yang dijual langsung tidak sedap dan pembeli telah ditipu selama ini.

Kenyataan penuh Kieda:

image is not available

Pssttt! Belajar terima kritikan, dan belajar beri teguran dengan adab kedua-duanya kena seimbang. Kita semua manusia, tak lari dari emosi. Tapi yang penting, kita terus belajar.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.