Guna Beg Songket Sarawak Bentang Belanjawan, ‘Cita Rasa’ Anwar Ibrahim Dipuji Netizen

24 Feb 2023 • 11:32 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beg corak tenunan songket Sarawak

Guna Beg Songket Sarawak Bentang Belanjawan, ‘Cita Rasa’ Anwar Ibrahim Dipuji Netizen. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan beg fail dengan corak tenunan songket Sarawak untuk membawa dokumen Belanjawan 2023 yang akan dibentang di Parlimen petang ini.

Beg berwarna hitam itu dipamerkan oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan, ketika beliau meluangkan masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan.

image is not available
Guna Beg Songket Sarawak Bentang Belanjawan, ‘Cita Rasa’ Anwar Ibrahim Dipuji Netizen. Kredit: Media Permata

Anwar, yang tiba pada kira-kira 3.30 petang, disambut oleh dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.

Pembentangan belanjawan hari ini

Ketika tinjauan kira-kira 30 minit itu, Perdana Menteri turut beramah mesra dengan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 di Dewan Galeri di lobi Kementerian Kewangan sebelum melawat Bilik Operasi Cukai dan Bilik Operasi Belanjawan 2023 di Aras 10 serta menandatangani dokumen berkaitan.

image is not available

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa dan pada masa sama, memacu pertumbuhan ekonomi negara di samping menarik pelaburan.

Katanya kerajaan juga mengambil kira daya saing negara, kepantasan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu termasuk pendigitalan dan penggunaan mampan selain pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023.

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2023 pada 4 petang esok di Parlimen.

Baca lagi artikel menarik di sini: