Guna Emoji Dan Lagu Yang Sama, Netizen Syak Aliff Aziz Dan Ruhainies Saling Berbalas Hantaran Di Instagram

LocalEntertainment
10 Oct 2024 • 2:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selepas lama menyepi, kini nama Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi bualan semula apabila mereka didakwa saling membalas hantaran di Instastory.

Menerusi komen di Facebook, ada netizen yang mendakwa Aliff Aziz dan Ruhainies sering menggunakan emoji yang sama. Bukan itu sahaja, malah mereka juga didakwa menggunakan lagu yang sama setiap kali memuat naik hantaran di media sosial.

image is not available

Baru-baru ini, Aliff Aziz telah berkongsi gambarnya di Instagram, dia juga telah meletakkan quotes pada gambar tersebut.

If my eyes are on you, don’t worry abaout the eyes on me.

Menerusi satu hantaran lama Ruhainies, didakwa kata-kata yang sama telah digunakan pada kapsyennya.

image is not available

Terdahulu, Aliff Aziz dan Ruhainies pernah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah. Susulan daripada itu, bekas isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah telah menuntut penceraian.

image is not available

Pada 13 Jun Aliff Aziz dan Bella Astillah telah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram | Astro Gempak