“Sama Emoji, Sama Lagu..” - Netizen Dakwa Alif Aziz & Ruhainies Saling Berbalas Hantaran Di IG Story?

10 Oct 2024 • 11:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selebriti sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainis kembali menyorot perhatian netizen apabila didakwa saling berbalas hantaran di Instastory.

Guna emoji sama?

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh netizen di platform Facebook, ada yang mendakwa Aliff dan Ruhainies sering menggunakan emoji yang sama.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa pelakon drama Terjerat itu menggunakan kapsyen dan pemilihan lagu yang sama ketika memuatnaik hantaran mereka di media sosial.
image is not available

Terdahulu, Aliff Aziz baru-baru ini berkongsi hantaran 'quote' di media sosial berkaitan tentang kesetiaannya yang tidak akan berubah seandainya seseorang itu memiliki hatinya.

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story, pelantun lagu Sayang-Sayang itu berkongsi kata-kata tersebut di dalam bahasa Inggeris yang disertakan dengan beberapa keping foto dirinya serta berlatar belakangkan lagu Di Balik Pertanda oleh Kaleb J.

Menerusi satu hantaran lama Ruhainies, ada netizen yang mendakwa kapsyen yang dibuat Aliff itu mirip. 

"If my eyes are on you, don't worry about the eyes on me," tulisnya.

Mengimbas semula, pada 9 Mac lalu, media melaporkan Aliff ditangkap khalwat bersama Ruhainies di kondominium mewah yang terletak di ibu negara.

Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah, bercerai pada 13 Jun di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.