Video Lama Kembali Tular, Netizen Sebak Lihat Effort Fattah Surprise Fazura - “Sedihnya, Semoga Mereka..."

9 Oct 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gara-gara kontroversi kes penceraian selebriti Fattah Amin dan Fazura, video lama pasangan tersebut kembali tular. 

Video lama tular

Menerusi hantaran di platform X, memaparkan momen Fattah membuat kejutan dengan menghadiahkan sejambak bunga kepada Fazura.

Malah, lebih menarik lagi apabila dapat dilihat reaksi spontan Fazura yang kelihatan teruja dan memberikan pelukan mesra kepada pelakon Pendekar Awang itu. 

“Oh my God terima kasih baby,” ujar Fazura di dalam video tersebut.

 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak di atas penceraian yang dihadapi pasangan tersebut. 

“Sedih nya tengok video ni.

“Semoga mereka kembali macam dalam video ini lagi.

“Tersenyum sorang-sorang tengok video ni. Semoga Fattah dan Fazura rujuk semula.

“Aku pula yang sebak. Teringat kenangan sendiri yang dah berlalu pergi huhuhu,” komen beberapa netizen.

Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini. 

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: X

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved