Guna logo Pas jika tiada pilihan

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 8:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Guna logo Pas jika tiada pilihan

PADANG TERAP: Pas bersedia menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika logo Perikatan Nasional (PN) tidak dapat digunakan, susulan isu penggantungan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bagaimanapun keputusan itu hanya akan dimuktamadkan dalam mesyuarat parti pada 12 Oktober ini.

“Setiausaha Agung PN ada fail saman (tuntutan) kepada RoS. Tunggu keputusanlah. Kalau tak ada pilihan, guna logo Pas.

“Logo Pas ini orang tak fobia dah. Gunung Everest pun ada logo Pas, orang bawa pergi. Kalau tidak boleh, guna logo itu (tapi) saya rasa perkara tersebut belum dibincangkan sampai peringkat itu lagi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Hakmilik dan Kunci Rumah Desa Sejahtera Kampung Perik di Kuala Nerang, di sini hari ini.

Mengulas khabar angin bahawa Pas akan menggunakan logo gabungan PN dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka, Muhammad Sanusi menafikan perkara itu.

Pada 3 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan, kerjasama Pas dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka semakin hampir direalisasikan apabila rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu mencapai 90 peratus.

Malah, Pas bersedia menggunakan logo BN dalam pilihan raya tersebut jika langkah itu mampu membawa kepada kata putus kepada kerjasama berkenaan. – UTUSAN

The post Guna logo Pas jika tiada pilihan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved