‘Semua orang Melaka kenal logo Pas’

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Semua orang Melaka kenal logo Pas’

PETALING JAYA: Penggantungan aktiviti Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak menjejaskan peluang gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, termasuk sekiranya ia perlu menggunakan logo Pas.

Ketua Penerangan Pas Melaka, Ahmad Bilal Rahudin berkata, penggunaan logo dan bendera Pas tidak menjadi masalah kerana parti itu sudah lama dikenali dalam kalangan pengundi di ne­geri berkenaan.

“Orang Melaka kenal bendera Pas, logo Pas pun mereka kenal. Jadi kalau bendera PN tidak boleh digunakan dan Pas Pusat memutuskan untuk menggunakan bendera Pas, kita tiada masalah.

“Bendera PN masih baharu digunakan dalam pilihan raya dan hanya diperkenalkan seba­nyak dua kali, berbanding logo Pas yang sudah lama dikenali masyarakat.

“Kalau PN boleh bertanding dan menggunakan bendera Pas, ada kelebihan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan PN berdepan kemungkinan tidak dapat bertanding pada PRN Melaka susulan perintah penggantungan yang dikeluarkan RoS.

Perintah menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September lalu sehingga tempoh yang tidak ditetapkan, sekali gus menimbulkan persoalan menge­nai status gabungan itu untuk menyertai PRN Melaka yang akan datang.

Dalam pada itu, Ahmad Bilal berkata, Pas Melaka setakat ini masih belum menerima sebarang arahan atau keputusan rasmi daripada Pas Pusat berhubung pembahagian kerusi dan calon yang akan bertanding pada PRN Melaka.

Katanya, laporan mengenai empat calon Pas yang dikatakan akan bertanding pada PRN Me­laka juga tidak mempunyai asas kerana tiada keputusan rasmi dibuat setakat ini.

“Sekarang Pas Melaka tidak ada apa-apa keputusan lagi, termasuk DUN yang akan ditan­dingi dan siapa calon di DUN-DUN tersebut.

“Selagi tidak ada arahan atau kenyataan daripada Pas Pusat, Pas Melaka hanya menjalankan kerja sebagai jentera,” katanya. – UTUSAN

The post ‘Semua orang Melaka kenal logo Pas’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved